Wednesday, December 31, 2008

Ria Sentral Shooting




Tanggal 29hn Dec yang lalu..kami telah diundang oleh Ria Sentral untuk tetamu di Rancangan ini.Terima kasih banyak kerana mengundang kami..dia kesempatan ini juga kami sempat mengambil Foto dengan 2 pengacara Ria Sentrak Sazzy Falak dan yasmin...Jangan lupa tarikh siarannya dan secara Esklusifnya Muzik Video "CINTA" di tayangkan di siaran ini...

Tuesday, December 23, 2008

Nitrus@The 8TV Unzipped


Nitrus
Lagu Cinta nyanyian Nitrus baru sahaja selesai dari pembikinan klip video mereka yang diarahkan oleh Ghaz bertempat di MMU baru-baru ini. Bagi para peminat Nitrus, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan persembahan dari Nitrus di Unzipped saluran 8TV pada 26 Disember 2008 hari Jumaat jam 10.30 malam. Saksikan klip video Cinta dari Nitrus di Youtube sekarang!

Muat turun Nada Dering Pemanggil "Cinta".

Untuk Maxis, Dail *131*76639# tekan "CALL"
Untuk Digi, Sms CT BUY 36763 JB hantar ke 2000
Untuk Celcom, Sms CMT 42113 hantar ke 22990

Nitrus - Cinta Official MTV





CINTA

Langkah ku makin panjang
Menuju arah itu
Aku pasti di sana kau menunggu

Biarpun lelah jiwaku
Ternampak oleh mu
Aku pasti kau lebih tahu

Ku merenung dan merindu
Jelas untukmu kasih
Hanya untukmu

Yakin aku hampiri dirimu yang semakin jauh
Yakin kamu menanti diriku yang sering keliru
Kan ku tuju,kan ku tuju,dan di situ
Halalkanlah aku

Resah yang makin hilang
Ditinggalkan jejak ku
Aku pasti mahumu begitu

Biar terkadang waktu
Bertatih mencarimu
Aku pasti kaulah yang satu

Kau merenung dan merindu
Jelas untukku kasih
Hanya untukku

Yakin aku hampiri dirimu yang semakin jauh
Yakin kamu menanti diriku yang sering keliru
Kan ku tuju,kan ku tuju,dan di situ
Halalkanlah aku

Yang ku inginkan hanyalah CINTA

Lagu & Lirik : Eddie

Monday, December 1, 2008

Wednesday, November 26, 2008

The Making Of Cinta Music Video

Date:15th November 2008
Venue:Cretive Multimedia MMU Cyberjaya
Director:Mr Ghaz








Tuesday, October 7, 2008

Monday, October 6, 2008

Another Album "2" Comment

Comment From:http://www.jasemarioworld.blogspot.com/


Ini merupakan Single Terbaru yang dilahirkan oleh Indie Band ini bersempena dengan Bulan 1000 Rahmat ini, Ramadhan. Dalam album kedua band ini, lagu ini dinyanyikan spenuhnya oleh Vokalis Band ini tetapi jika kita berkesempatan mendapatkan Album Single Ramadan daripada Metamobile "CINTA YANG SEMPURNA". Single TUHAN ini menampilkan Afgan (penyanyi Indonesia) sementara CINTA YANG SEMPURNA pula adalah kolaborasi di antara 6ixthsense dan Noe vokalis Letto. Lagu TUHAN ini memang syahdu di dengar dengan lirik yang amat bersahaja dan dekat dengan diri kita. Jika selalu diputarkan di radio, saya kira boleh melekat di jiwa kita.


SELALU DI HATI adalah lagu yang paling digemari oleh saya dari album ini. Kali pertama saya dengar lagu ini ketika pulang dari Shah Alam ke Putra Permai memang dah tahu yang lagu ini akan melekat di jiwa saya. Saya kira lagu ini ada influence lagu Band Indonesia sebab itulah lagi mudah saya minati. Suara vokalis yang bersahaja memang ngam dengan melodi lagu ini yang amat santai. "ternyatanya kau selalu di hati... semua yang hilang tak ku ganti..." wow.. syahdu dan melankolik.


BINTANG-BINTANG jatuh No 2. Lagu ini amat moderate, bersahaja dan 'easy listening'. Liriknya juga seperti puitis tapi mudah difahami. Sebenarnya lagu mengenai sahabat selalunya akan melekat di jiwa saya (contoh : Sahabat Sejati - SO7). Dengan lirik yang amat positif, lagu ini memang sesuai dijadikan pembakar semangat tika berjauhan, bersendirian atau mencari keteguhan jiwa. Lihat saja... "teman ku punya cita-cita... yang kan ku genggam akhirnya... sudikah teruja tuk bersama... melewati ruang angkasa..." Bukankah itu amat indah sekali?



Ya... saya asyik bercerita tentang lagu itu dan lagu ini... Yaaa... ketiga-tiga lagu indah di atas terkadung dalam album 'Nitrus -2', Indie Band yang pernah memenangi Artis Harapan AIM 2002. Macam tak percaya sahaja. Yalah... saya bukannya pengikut Band Indie haruslaah terlepas pandang akan catatan peristiwa ini. Mungkin dahulu Band ini menyanyikan lagi Inggeris rasanya. Selain dari 3 lagu di atas... Lagu-lagu lain yang tidak kurang menariknya ialah Sisa (yang dah masuk pencalonan MuzikMuzik), Resah (Single Pertama), Hujung Dunia (Sound Track "Good Bye Boys") & Benar Salahku. Sebenarnya Eddy (Vokal/Gitar), Bob (Basis) & Is (Drummer) menurunkan tandatangan di cover CD ini, namun disebabkana menggunakan dakwat hitam, ia kurang menonjol. Yang pastinya semasa saya bertanya Eddy album mana lagi best... Nitrus @ E*******? Kata Eddy tentulah Nitrus. Dan setelah 3 kali mengulang main CD ini, memang Eddy tak masuk bakul angkat sendiri. Ternyata berbaloi memiliki CD ini !!!

Sempat lagi saya bergambar dengan Eddy - Vokalis Nitrus. 'Down to Earth' dan sempoi. YES... Eddy juga pemakai CROCS... Lagi sorang selebriti yang memakai Crocs selain Mawi, Misha & Farah (yang saya tahu laaa) !!!. Sebenarnya Nitrus membuat persembahan pada jam 4.00 ptg rasanya di SACC Mall, Shah Alam hari ini (20/10/2008). Jika nak tahu lebih lanjut mengenai Nitrus; klik di sini.