Wednesday, February 18, 2009

NITRUS @Sg Petani and Penang 21&22 Feb



Metadome Sdn. Bhd. dengan julung kalinya bakal mengadakan siri jelajah di Utara, Semenanjung Malaysia pada 21 & 22 Febuari 2009. Siri jelajah ini adalah bertujuan bagi mendekatkan artis dan peminat di Utara tanah air disamping mempromosikan artis-artis dibawah naungan Metadome Sdn. Bhd iaitu The Fabulous Cats, Nurul, Zhana , Imran Ajmain , Liyana Jasmay dan Nitrus.

Menariknya siri jelajah ini turut mendapat kerjasama dari pada majalah Hai, selaku majalah hiburan terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd..

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah persembahan artis dan sesi bertemu peminat di Central Square, Sungai Petani, Kedah pada 21 Februari 2009 jam 3.00 – 5.00 petang. Manakala pada jam 8.00 – 10.00 malam pula akan bertempat di The Carnival, Cinta Sayang Resort.

Hari kedua siri jelajah ini pada 22 Februari 2009 akan bergerak ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk sesi bertemu peminat dan mengadakan persembahan disana pada jam 3.00 - 5.00 petang.

Manakala persembahan Eksklusif di The Carnival Cinta Sayang Resort akan di taja oleh Pihak Metadome Sdn.Bhd.Disamping itu, pihak Utusan Karya Sdn. Bhd turut membuat jualan majalah Hai dengan harga promosi sebanyak RM2.00 sahaja.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis kesayangan anda yang didatangkan khas oleh pihak Metadome. Jumpa di sana !!!

Wednesday, February 4, 2009