Monday, April 13, 2009

Review Album "2" Harian Metro

Respirasi Muzik: Cita rasa pelbagai dalam Nitrus




Rap
Album: Nitrus
Artis: Nitrus

KUMPULAN Nitrus mula dikenali apabila single mereka, Hujung Dunia menjadi lagu latar untuk drama dan filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauley.

Sejak itu, setiap karya dihasilkan kumpulan dianggotai Edriely Ibrahim (Eddy-vokal), Syed Helmy Syed Hood (Syed-gitar), Mohd Azie Mohd Isa (Bob-bass) dan Iskandar Shah Ali (Is-dram) menjadi perhatian pendengar muzik tempatan.

Menarik mengenai lagu yang dimuatkan dalam album Nitrus ini, ia bertunjangkan rock, tetapi mempunyai cita rasa pelbagai. Malah apabila menghayati lagu Resah, pengaruh irama brit pop cukup kuat. Riwayat dan Selalu di Hati pula pengaruh ska dan pop menjadikan ia mudah diterima dan muziknya begitu ringan.

Dalam erti kata lain, album Nitrus agak seimbang dari sudut melodi dan penyampaian. Malah susunan muziknya berada di tahap baik. Persembahan permainan instrumen juga terkawal dan seiring dengan vokal dipersembahkan Eddy.

Paling menarik perhatian dalam album Nitrus ini apabila mereka turut menampilkan lagu bertemakan ketuhanan, Tuhan ciptaan vokalisnya. Penyampaian liriknya mudah untuk difahami dan ia kedengaran sangat jujur.

Review Album "2"


Muzik zaman indie tarik peminat


Ditulis oleh Rosli Manah








Rabu, 11 Mac 2009 13:10











Lapang dengar lagu Nitrus
Album:
Nitrus Judul: Nitrus Edaran: Metadome Lagu Sedap: Tunggu Esok, Cinta, Bintang-Bintang, Selalu Di Hati, Sisa, Riwayat, Benar Salahku


Ulasan: Sekarang ini zaman muzik rock indie menarik minat
pendengar. Nitrus salah sebuah kumpulan yang memperjuangkan muzik yang
terarah kepada aliran itu.
Banyak lagu sedap yang dimuatkan di dalam album Nitrus yang
menggunakan nama kumpulan sebagai judul album. Kalau rasa bosan dengan
masalah yang berlaku di persekitaran kita, cuba dengar lmuzik Nitrus,
pasti anda boleh rasa lega sedikit.
Kira bolah jadi terapilah. Lagu rancak pun rasa sedap sahaja apabila masuk ke telinga.
Nilai: ***** bintang.

Saturday, April 4, 2009